Saturday, May 24, 2014

Lawatan Pegawai Pejabat Daerah Jerantut ke SK Sungai Retang


Pada 22-05-2014, Khamis, Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Retang telah di lawati oleh Encik Faiz, Pegawai di Pendidikan Daerah Jerantut. Kedatangan beliau adalah untuk melawat lorong Pendidikan Pencegahan Dadah sempena pertandingan yang pihak PPD anjurkan. Di doakan semoga sekolah mendapat kejayaan. Amin.

Puan Rahimah selaku Setiausaha PPDA SKSR bergambar kenang-kenangan bersama En. Faiz.

GPK 1, En. Hamiri Bin Abdul Hamid turut bergambar bersama En. Faiz sewaktu lawatannya ke Lorong Pendidikan Pencegahan Dadah SK Sungai Retang.

Tuesday, March 4, 2014

Aktiviti Minggu Anti Dadah dan Rokok


AKTIVITI HARI ANTIDADAH DAN ROKOK 2014

Aktiviti di mulakan dengan senamrobik 
yang di ketuai oleh Teacher Asyikin dan Cikgu Zainuni.






Aktiviti seterusnya adalah
pertandingan bola sepak dan bola jaring
diantara persatuan.







Aktiviti pertandingan mewarna turut diadakan bagi murid Tahap 1.





Pada pukul 10.30 pagi, En. Ahmad dari AADK daerah Jerantut
memulakan ceramah tentang Dadah dan rokok.







Hari AntiDadah dan Rokok telah berjalan dengan jayanya.
Alhamdulillah.

Perlantikan Pengawas PPDa

Pertama kalinya Unit PPDa SK LKTP Sungai Retang melantik 13 orang pengawas PPDa.













Semoga pengawas PPDa dapat menunjukkan contoh yang baik dan di teladani murid-murid yang lain.


Minggu Anti Dadah 2014

Unit PPDa SKSR telah melancarkan satu program pendidikan anti dadah dan rokok pada 3 Mac 2014. Program tersebut adalah Minggu Anti Dadah dan Rokok telah dilancarkan pada waktu perhimpunan Isnin oleh Guru Besar SK LKTP Sungai Retang, Encik Mohd Zaini Bin Mohd Yunan.

Objektif program ialah :

1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah di kalangan murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.

2. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.

3. Membolehkan murid mengamalkan gaya hidup sihat dan bertingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.

4. Meningkatkan permuafakatan pihak sekolah dengan PIBG, Ibu bapa dan masyarakat setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta pihak lain dalam usaha pencegahan dadah.

Majlis perlancaran dimulakan dengan perlantikan Pengawas PPDa seramai 10 orang. Kemudian, bacaan ikrar dan lagu PPDa telah dinyanyikan. Seterusnya, Guru Besar membacakan perutusan anti dadah.

Minggu Anti Dadah dan Rokok akan diadakan selama 5 hari dari 3-7 Mac 2014. Pelbagai aktiviti telah di rancang untuk murid-murid SK LKTP Sungai Retang. Pihak penganjur berharap program ini akan memberi manfaat kepada warga sekolah.

Guru Besar, En Mohd Zaini Bin Mohd Yunan sedang memberikan ucapan dan nasihat kepada warga
SK LKTP Sungai Retang.


En Mohd Zaini sedang membuka reben banting sebagai gimik pelancaran mingguanti dadah dan rokok.




GPK Kokurikulum En. Mohd Rezuan Bin Md Udin memberi tanda nama kepada pengawas PPDa sebagai simbol perlantikan.

GPK Hal Ehwal Murid Pn Mazenah Bt Mat menyumbangkan wang sebagai tanda memberi sokongan untuk menyertai pertandingan PPDa.

Murid-murid turut tidak melepaskan peluang memberikan sumbangan.




Inilah 12 orang pengawas PPDa yang baru dilantik. 
Selamat menjalankan tugas!


Friday, February 28, 2014

Gotong-royong Keceriaan Lorong PPDa

Pada 22 Februari yang lalu, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah berjaya mengadakan gotong-royong Perdana peringkat sekolah. Gotong-royong yang diadakan bertujuan mencantikkan kawasan sekolah agar memberi keselesaan kepada murid untuk belajar.

Lorong PPDa juga telah berwajah baru hasil kerjasama ibu-bapa dan guru. Lorong telah di cat dengan warna hijau kelihatan sangat segar.

Sunday, February 23, 2014

Takwim PPDa 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP SUNGAI RETANG, 27000 JERANTUT, PAHANG
PERANCANGAN PROGRAM TAHUNAN PPDa 2014
TARIKH/BULAN
AKTIVITI
TINDAKAN


JANUARI

-MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PPDa KALI PERTAMA
-MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PPDa
-MESYUARAT RAKAN PPDa
-MENYEDIAKAN RANCANGAN TAHUNAN PPDa
-MENYEDIAKAN ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PPDa
-MENGEMASKINIKAN SUDUT PPDa
-MENCERIAKAN SUDUT PPDa



SETIAUSAHA/
SEMUA AJK


FEBRUARI
- GOTONG ROYONG MENCERIAKAN SUDUT PPDa
- SUDUT PPDa DALAM KELAS

SEMUA AJK /
GURU KELAS

MAC

- SUDUT PPDa DALAM KELAS
-MENGEMASKINIKAN SUDUT PPDa
-MENCERIAKAN SUDUT PPDa
-PERHIMPUNAN 5 MINIT PENDEDAHAN TENTANG  MISI DAN MISI DADAH DAN ROKOK
-PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT    SEKOLAH
     -CADANGAN AKTIVITI;
       -KUIZ ANTI DADAH DAN ROKOK
       -PERTANDINGAN MEWARNA PRA-SEKOLAH
        DAN  TAHAP 1
      -PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TAHAP 2
      -MENYEDIAKAN BAHAN BERKAITAN  DADAH
     - TEKA SILANG KATA
      -PAMERAN DARIPADA AADK
      - CERAMAH DARIPADA AADK


SEMUA AJK/
GURU KELAS


APRIL

-MENGEMASKINI LALUAN PPDa
- SUDUT PPDa DALAM KELAS
- PERHIMPUNAN 5 MINIT PENDEDAHAN DADAH

SEMUA AJK /
UNIT KAUNSELING/
KP SENI VISUAL



MEI

- MESYUARAT AJK KALI KEDUA
-SUDUT PPDa DALAM KELAS
-MENGEMASKINIKAN SUDUT PPDa
-MENCERIAKAN SUDUT PPDa
-PERHIMPUNAN 5 MINIT PENDEDAHAN TENTANG MISI DAN MISI DADAH DAN ROKOK



SEMUA AJK/
GURU KELAS


JUN

- KUIZ ANTI DADAH ANTARA RUMAH SUKAN
-MENGEMASKINIKAN SUDUT PPDa
-MENCERIAKAN SUDUT PPDa
-PERHIMPUNAN  5  MINIT PENDEDAHAN TENTANG MISI DAN MISI DADAH DAN ROKOK


SEMUA AJK


JULAI

- KEMPEN PENDIDIKAN PENCEGAHAN ROKOK SELEPAS SEKOLAH
- PERTANDINGAN BUKU SKRAP  INFO DADAH
-MENGEMASKINIKAN SUDUT PPDa
-MENCERIAKAN SUDUT PPDa
-PERHIMPUNAN 5 MINIT PENDEDAHAN TENTANG MISI DAN MISI DADAH DAN ROKOK


SEMUA AJK /
UNIT KAUNSELING/
SETIAUSAHA UPSR


OGOS

-MENGEMASKINIKAN SUDUT PPDa
-MENCERIAKAN SUDUT PPDa
-PERHIMPUNAN 5 MINIT PENDEDAHAN TENTANG MISI DAN MISI DADAH DAN ROKOK


SEMUA AJK/
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SEPTEMBER

-MENGEMASKINIKAN SUDUT PPDa
-MENCERIAKAN SUDUT PPDa
-PERHIMPUNAN 5 MINIT PENDEDAHAN TENTANG MISI DAN MISI DADAH DAN ROKOK
-KEMPEN PENDIDIKAN PENCEGAHAN ROKOK


SEMUA AJK


OKTOBER

-MENGEMASKINIKAN SUDUT PPDa
-MENCERIAKAN SUDUT PPDa
-PERHIMPUNAN 5 MINIT PENDEDAHAN TENTANG MISI DAN MISI DADAH DAN ROKOK


SEMUA AJK

NOVEMBER

-MENGEMASKINIKAN SUDUT PPDa
-MENCERIAKAN SUDUT PPDa
-PERHIMPUNAN 5 MINIT PENDEDAHAN TENTANG MISI DAN MISI DADAH DAN ROKOK


SEMUA AJK


SEPANJANG TAHUN

-MENGEMASKINIKAN SUDUT PPDa
-MENCERIAKAN SUDUT PPDa
-PERHIMPUNAN 5 MINIT PENDEDAHAN TENTANG MISI DAN MISI DADAH DAN ROKOK


SEMUA AJK




Disediakan oleh,                                                                                               Disahkan oleh,

…………………………………………                                                                           …………………………………
(PN RAHIMAH BT ZAKARIA)
SETIAUSAHA PPDa ,
SK LKTP SUNGAI RETANG.




Mesyuarat PPDa Pertama 2014

Ubat-ubat dan bahan-bahan disalah guna

Antara ubat-ubat dan bahan-bahan yang disalah guna ialah:
1. Steroid

Steroid sejenis ubat hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.
Steroid kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia.

2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain

Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagih. Gejala menghidu ham dikalangan remaja juga semakin serius.
3. Daun Ketum

Daun ketum telah disenarikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952.





Depresen

Ubat 'depresen' termasuk juga ubat-ubat 'sedative' dan 'tranquilizer'. Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untul memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.


Halusinogen



Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan idea. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.

Ganja

Ganja /Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok 'cannabis sativa'. Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afroca dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia.


Stimulan

Jenis-jenis stimulan:

1. Amfetamin


2. Methamphetamine


3. Kokain


4. MDMA (Pil Ecstacy)