Pengurusan PPDa
VISI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
"SEKOLAH BEBAS DADAH"
MISI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Melahirkan murid bebas dadah melalui Program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
TEMA PPDa
"! MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH"
"! MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH"
MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu-bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ke arah "Sekolah Bebas Daripada Dadah".
OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
q Meningkatkan pengetahuan,kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah di kalangan murid,guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
q Membina ketahanan dan jati diri tinggi dalam kalangan murid dari sudut fizikal, emosi, mental dan rohani.
q Membolehkan murid mengamalkan gaya hidup sihat dan bertingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.
q Meningkatkan pemuafakatan pihak sekolah dengan PIBG, ibu bapa dan masyarakat setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta pihak lain dalam usaha pencegahan dadah.
No comments:
Post a Comment