Tuesday, March 4, 2014

Aktiviti Minggu Anti Dadah dan Rokok


AKTIVITI HARI ANTIDADAH DAN ROKOK 2014

Aktiviti di mulakan dengan senamrobik 
yang di ketuai oleh Teacher Asyikin dan Cikgu Zainuni.






Aktiviti seterusnya adalah
pertandingan bola sepak dan bola jaring
diantara persatuan.







Aktiviti pertandingan mewarna turut diadakan bagi murid Tahap 1.





Pada pukul 10.30 pagi, En. Ahmad dari AADK daerah Jerantut
memulakan ceramah tentang Dadah dan rokok.







Hari AntiDadah dan Rokok telah berjalan dengan jayanya.
Alhamdulillah.

Perlantikan Pengawas PPDa

Pertama kalinya Unit PPDa SK LKTP Sungai Retang melantik 13 orang pengawas PPDa.













Semoga pengawas PPDa dapat menunjukkan contoh yang baik dan di teladani murid-murid yang lain.


Minggu Anti Dadah 2014

Unit PPDa SKSR telah melancarkan satu program pendidikan anti dadah dan rokok pada 3 Mac 2014. Program tersebut adalah Minggu Anti Dadah dan Rokok telah dilancarkan pada waktu perhimpunan Isnin oleh Guru Besar SK LKTP Sungai Retang, Encik Mohd Zaini Bin Mohd Yunan.

Objektif program ialah :

1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah di kalangan murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.

2. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.

3. Membolehkan murid mengamalkan gaya hidup sihat dan bertingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.

4. Meningkatkan permuafakatan pihak sekolah dengan PIBG, Ibu bapa dan masyarakat setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta pihak lain dalam usaha pencegahan dadah.

Majlis perlancaran dimulakan dengan perlantikan Pengawas PPDa seramai 10 orang. Kemudian, bacaan ikrar dan lagu PPDa telah dinyanyikan. Seterusnya, Guru Besar membacakan perutusan anti dadah.

Minggu Anti Dadah dan Rokok akan diadakan selama 5 hari dari 3-7 Mac 2014. Pelbagai aktiviti telah di rancang untuk murid-murid SK LKTP Sungai Retang. Pihak penganjur berharap program ini akan memberi manfaat kepada warga sekolah.

Guru Besar, En Mohd Zaini Bin Mohd Yunan sedang memberikan ucapan dan nasihat kepada warga
SK LKTP Sungai Retang.


En Mohd Zaini sedang membuka reben banting sebagai gimik pelancaran mingguanti dadah dan rokok.




GPK Kokurikulum En. Mohd Rezuan Bin Md Udin memberi tanda nama kepada pengawas PPDa sebagai simbol perlantikan.

GPK Hal Ehwal Murid Pn Mazenah Bt Mat menyumbangkan wang sebagai tanda memberi sokongan untuk menyertai pertandingan PPDa.

Murid-murid turut tidak melepaskan peluang memberikan sumbangan.




Inilah 12 orang pengawas PPDa yang baru dilantik. 
Selamat menjalankan tugas!